Sabtu, 1 Februari 2014

WARISAN HJ MD KHIDIR

HARI KELUARGA WARISAN HJ MD KHIDIR
1.        PENGENALAN
Hari Keluarga ada lah merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan sesama keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli keluarga.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa Hari Keluarga adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara adik beradik dan keluarga. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan agar sambutan Hari Keluarga yang diadakan akan meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya:.
2.        OBJEKTIF
2.1       Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama
keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.
2.2       Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
silaturahim di kalangan ahli keluarga.
2.3       Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam
nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
2.4       Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan adik
beradik sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada
.
3.        TEMA
            'MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan