Tarikh : 31 Jan - 1 Feb 2014
Bertempat : Bagan Lalang Beach Resort, Bagan Lalang
Tanggal 31 Jan dan 1 Feb 2014 adalah merupakan hari bersejarah bagi keluarga warisan Hj.Md Khidir. Kami keluarga telah berhimpun di Bagan Lalang Beach Resort bagi meraikan hari keluarga yang pertama ini. Tujuan di adakan hari keluarga ini adalah untuk mengenengahkan waris Hj Md Khidir dari bahagian jurai yang bersusurgalurkan anakanda-anakanda supaya mempermudahkan laluan dari keluarga susurgalur yang lain menjejak salasilah, seterusnya menyambung semula tali silaturrahim dengan sekelian waris Hj Md Khidir.
Dana bagi merealisasikan program ini adalah dari hasil kutipan setiap keluarga (9) jenerasi pertama warisan Hj Md Khidir, ia itu sebanyak RM150.00.tujuan bagi bayaran penginapan, dewan, hadiah, BBQ dan lain-lain.
Berbagai acara telah di jalankan dalam menjayakan program hari keluarga ini. Kami check in pukul 12 tengah hari. Memandangkan hari itu jatuh pada hari jumaat maka keluarga lelaki bersama menunaikan solat jumaat di surau yang berdekatan. Kaum hawa pula memulakan acara Pot Luck dengan menyedia serta menyusun atur juadah masing- masing. Setelah pulang panglima-panglima dari mengadap Allah, maka tibalah masa untuk bersantap, dengan juadah santapan yang telah di hidangkan oleh permasuri-permaisuri serta putri-putri masing masing.
Pada pukul 3 petangnya semua ahli keluarga telah mula berhimpun di dalam dewan, untuk sesi taklimat yang di sampaikan oleh penganjur program Mansor bin Hj Md Khidir (penulis). Pengacara majlis pada majlis itu di sampaikan oleh Mohd Shafiq menantu penganjur sendiri. Pembukaan bacaan doa yang di sampaikan oleh adinda Hj Azman bin Hj Md Khidir. Di mulakan dengan ucapan kata alu-aluan dan perasmian dari penganjur, seterusnya keluarga atau wakil memberi sedikit ucapan. Akhir sekali di adakan mesyuarat bagi melantik AJK hari keluarga yang akan di adakan seterusnya.
Di waktu asarnya, selepas solat, kami keluarga mengadakan tahlil di surau resort tersebut.Sambil minum petang keluarga memulakan acara sukanika untuk cucunda-cucunda umur 3-7 tahun.Pembakaran bermula, maka bermaraklah api BBQ anakanda Saleh (menantu Kak Long).
Waktu magrib pun tiba, muslimin dan muslimat warisan Hj Md Khidir mula melangkahkan kaki menuju kesurau. Azan berkumandang dari laungan anakanda Kamarul (anakanda ke 4 dari kanda Asmah)semerdu azan, sesemangat berjemaah yang di imamkan oleh Pak Andak Hj Azman kita. Selesai berjemaah tibalah masanya kami bersama menghayati Taskirah yang di sampaikan oleh ustaz jemputan ia itu ustaz Shahid. Setelah solat Isyak kami membuat solat sunat hajat, yang di imamkan oleh ustaz Shahid.Selesai solat kami terus menuju ke halaman resort tempat kami menginap. Di sini kami semua berkumpul untuk menjamu selera pelbagai juadah di sediakan termasuk lah BBQ.
Di keheningan malam ini, saat bulan purnama menyinari bumi, waktu
sepertiga malam Marilah kita sesama merenungkan.Semoga renungan ini membawa penuh hikmah, renungan hidup penuh manfaat, renungan hati penuh makna, renungan malam penuh tujuan, renungan harian penuh erti. Di malam bersejarah ini dalam catatan renungan yang banyak membawa hikmah dan manfaat untuk diri dan keluarga-keluarga sesama dicinta dan mencintai..
DARI KELUHURAN JIWA
BERSIFAT ROHANI YANG SEMULAJADI
LAHIRLAH JIWA-JIWA MURNI
MENGHIDUPKAN SATU KEGEMBIRAAN
DI SAMBUT DENGAN LONJAKAN
GEMURUH SUARA SORAKAN
DAN TEPUKAN YANG MEMBANGKITKAN
DALAM MAJLIS KEDAMAIAN
DENGAN SAJIAN YANG PENUH KEMEWAHAN
DI BAWAH SINAR KERLIPAN
DAN LAMPU GEMERLAPAN
Kegembiraan yang lahir, dengan kemurnian hati dan jiwa yang luhur disatukan dari warisan Ayah dan Bonda.
Sambil makan malam serta BBQ, maka acara malam bermula dengan cabutan bertuah tajaan keluarga kanda Asmah, boleh di katakan semua keluarga memenangi hadiah tersebut, setelah itu acara Rantaian Kasih di mulakan, dalam acara ini ahli keluarga akan bertukar hadiah di antara satu dengan lain secara undian. Akhir sekali adinda bongsu kita Hjh Norhashimah sekeluarga menyampaikan cendrahati kepada setiap keluarga.Tiada tangan yang kosong, sehingga ketiak pun dipenuhi.
Keesokan harinya setelah selesai solat subuh, keluarga bersama menyediakan sarapan pagi. Semua keluarga diarah menuju ke lokasi tepi pantai.Kami mula bersarapan pagi, acara sukanika pun bermula yang di bahagikan kepada 4 kategori, ia itu kategori kanak-kanak, remaja, dewasa dan keluarga.Acara sukanika ini di uruskan sepenuhnya oleh keluarga ini sendiri.Begitu malang sekali nasib ku, ku harap pantai, pantai tak berangin, layang-layang ku malu mempamirkan diri, lengguk nya kurang menyerlah terpaksalah aku mengalah.
Setelah selesai acara sukanika, kami mula berkumpul, satu pengumuman telah disampaikan oleh Pak Usu Zul, anakanda beliau Zulaika perlukan sumbangan bagi projek Persatuan Pandu Putrinya untuk membersihkan surau, dan ini juga lah sumbangan pertama keluarga Hj Md Khidir.Waktu penutupan majlis telah pun tiba, aku di arah oleh Adinda Norhashimah untuk memberi ucapan, aku kekeringan idea, bukan kering tapi segala ucapan yang telah ku karang untuk ku sampai pada majlis penutupnya tertinggal dalam komputer ku di kampung, tak panjang, lebih kurang dua muka surat aje, tentu bosan keluarga ku mendengarnya. Akhirnya terpaksa lah adinda Norhashimah kita memulakan ucapan, aku celah-celah sedikit jugak,dari apa yang aku dan adinda Norhashimah bincangkan sebelumnya, adalah di kehendaki setiap satu keluarga bersalam-salaman antara satu dengan yang lain nya, seterusnya bertemu dan bersalaman dengan keluarga-keluarga yang lain.Akhir sekali sebelum kami bersurai aku telah menyerahkan secara resminya kepada keluarga Kanda yang sulung Salmah bagi menganjurkan program hari keluarga Hj Md Khidir yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan